Friday, November 25, 2011

..::Doa Akhir Dan Awal Tahun::..

.....

1432 hijrah hampir ke penghujungnya, kini pula 1433 hijrah  menghampiri kita  tanggal 27 november ini. Tutup buku lama, buku buku baru. Semoga azam, impian, hasrat, dan harapan yang baik sentiasa berada di samping kita dengan kekuatan usaha, doa, dan tawakal kepada-Nya. Mudah2an...

Semoga tahun baru lebih terpancar sinaran cahayanya yang dapat menyinari kita daripada segala kekaburan dan kesamaran dunia.

Doa akhir tahun

Dibaca sebanyak 3 kali pada penghujung asar, sebelum masuk waktu maghrib.



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Dibaca 3 kali selepas waktu maghrib




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, November 22, 2011

::Malaysia vs Indonesia::

....
 
Tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya kerana telah mangalahkan skuad Garuda Indonesia dalam perlawanan akhir Bola Sepak Sukan Sea yang berlangsung di Indoniesia...=)
 
Berusaha meyaksikan perlawanan secara live di tv1 streaming..alhamdulillah, berjaya juga meyaksikan perlawanan tersebut walaupun always buffering tetapi semangat untuk meyaksikan perlawanan tersebut tidak pernah pudar...heee
 
Setia menyokong skuad Harimau Malaya..Penantian demi penantian akhirnya team harimau kite lagi hebat daripada team garuda, alhamdulillah kejayaan milik kite..

Bangga dengan negara kita pemain2nya 100% pemain tempatan jika nak dibandingkan negara Indonesia yang mana mereka megimport pemain dari luar, hebat lagi malaysia...tahniah...!!!!
 


 
 
 

Thursday, November 17, 2011

::UPSR::

.....

Dengar je result nak keluar hati dah berdebar-debar, macam sendiri plak yang nak ambil result..hoho

Dengar je pengumuman result UPSR tadi, tetiba teringat pulak time ambil exam tu dulu kt sekolah..huhu, dapat keputusan pun tak la baik sgt..setakat boleh memuaskan hati je..hoho, kalau ada peluang nak je ambil lagi exam tu supaya boleh dapat 5A...hehehehe
Tapi Alhamdulillah semua itu berjaya dilalui walaupun terpaksa melalui liku2 tajam..hehehe
Syukur sangat2 kerana dapat tempat di sini...<3<3

Anyway, tahniah kepada adik-adik yang dapat result yang cemerlang..dan yang kurang memberangsangkan tu boleh cuba usaha lagi supaya dapat yang lagi baik pada exam yang akan datang..jgn putus asa..!!

Teruskan perjuangan menuntut ilmu...ada usaha pasti berjaya..insyaallah..mudah2an..

Kepada adik, naim, diba dan angah izzati teruskan usaha kalian...lepas ne masuk sekolah menengah plak korang ea..teruskan perjuangan anda..

di mana pun sekolah yang anda belajar kejayaan pasti boley tercipta dengan usaha kamu menuntut ilmu...
stage demi stage perlu dilalui..
Gud Luck....^_^

* Tahniah Diba dapat result yang cemerlang..xlupa juga angah izzati..
                                * boley tahan jugak ko kn adik...=)





Wednesday, November 16, 2011

~Al-Mulk~

.........

Al-Mulk merupakan surah pertama yang terdapat dalam Al-Quran juzuk 29, surah ini sebaiknya dibaca dan diamalkan setiap hari, surah ini memelihara dan menghindarkan pembacanya daripada seksaan azab kubur.
Sama2 kita tingkatkan iman dan amal..mudah2an..


Bismillah



Wednesday, November 2, 2011

::Gemencheh-Muar-Batu Pahat::

....
 
Destinasi yang sentiasa berubah2... Gemencheh-Muar-Batu Pahat..Batu Pahat-Muar-Gemencheh...
Menghadiri Sesi Convocation UTHM kali ke-11,2011..

Kepada yang berkonvo tahniah ea... berjaya sudah stage yg dilalui..tahniah sekali lagi..:)


Tahniah...Grad juga ea akhirnya...:)

Kenangan bersama atuk & nenek...
susahnye atuk time ajak bergambar..


Pape pun tahniah wat kamu siti nur hidayu mahdi..heee