Saturday, May 11, 2013

~Selamat Bergelar Isteri Orang~

Assalamualaikum...<3 <3

Menyambung kembali rutin yang sudah berapa lama ditinggalkan, mengupdate entry-entry terbaru.
Alhamdulillah  masih dikurniakan kesihatan yang baik di bumi pinjaman Allah ini..Nikmatnya.!

Sedar tak sedar umur kian meningkat, sahabat seorang demi seorang telah mendirikan masjid, aku??belum masanya lagi..hehee, buat masa sekarang menghadiri walimah sahabat-sahabat je dulu. Tapi tidak mengapa kalau dah jodoh tak kemana kn..!!

Lama tinggalkan sahabat-sahabat di felda sewaktu sekolah rendah, balik menghadiri majlis walimah masing-masing dah tak kenal, rupa dah lain, bentuk badan pun dah lain, yang hanya ingat hanyalah nama semata-mata, lama sungguh tinggal sahabat, masa sekolah rendah mereka la teman sama-sama bermain tak kenal jantina, perempuan dan lelaki sama..! wah dasyat! itu semua zaman kanak-kanak..hehee

Sekarang dah lain, masing-masing dah ada kerjaya sendiri dan haluan masing-masing, tapi takpe kita still kawan..kenangan memang tak dapat dilupakan, nakal yang luar biasa sewaktu kecil memang akan jadi ingatan buat sesiapa yang kenal dengan diri ini. Itu semua dulu..huhuhu.

Apa-apa pun tahniah buat sahabat dah bergelar isteri orang walaupun baru je rasa macam baru habis sekolah tapi status dah bertukar daripada "cik" kepada "puan" hehehe, Tahniah2..
cantik jadi pengantin baru di atas pelamin, muka berseri-seri, macam Datin Sri, semoga berbahagia menjadi isteri kepada raja sehari, tahniah sekali lagi..!

Sempat juga berborak dengan teman-teman lama yang dah lama tak jumpa sehingga hampir-hampir tak kenal rupa..tanya punya tanya rupanya mereka lah teman lama kita, ohh2..hampir-hampir tak kenal. Jalinan ukhuwah masih ada walaupun  lama tak bersua muka, lain sungguh mereka-mereka..!

Anyway tahniah Mizah & pasangan, semoga bahagia hingga ke akhir hayat, jadi isteri solehah, bahagia hingga ke syurga. Sempatla snap beberapa gambar buat kenagan kita ramai-ramai..!! ^_^






Monday, March 18, 2013

Usia Sedemikian (Kanak-kanak)


Assalamualaikum...

kembali bersua di alam sosial berkongsi beberapa cerita..Alhamdulillah,

Setiap insan yang lahir di dunia semestinya melalui waktu-waktu semasa bergelar bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan juga sudah pasti mati...!

Sewaktu melihat kanak-kanak bermain, bergurau, berkelahi, dan bermacam-macam lagi, secara automatiknya otak kembali ligat mengingati kenangan lalu sewaktu diri bergelar kanak-kanak. Bermacam kerenah aku semasa kecil, meskipun bermacam ragam, namum ibu-ibu kita tetap melayan kita dengan baik. Tidak pernah mengeluh melayan dan mendidik anak-anaknya semasa kecil.


Di dalam hati kecil ini, terasa terharu apabila teringat kembali saat seusia demikian, segala ragam dan kerenah dilayan, merajuk, menangis sudah semesti..segala kemahuan dan kehendak dituruti, wah...segalanya dilayan begitu baik. Ya Allah..banyaknya pergorbanan ibu membesarkan kita! Alhamdulillah...Aku masih di samping beliau.!!

Tiba-tiba otak lagi ligat berfikir, mampukah aku jadi ibu seperti itu?? Sudah bersediakah aku?? Mampukah aku melayan anak-anak dengan sebaiknya kelak?? Melayan, mendidik, mengasuh?? Wah! semuanya menjadi tanya tanya. Mampukah?? mampukah??

InsyaAllah, bila sudah berkeluarga, mempunyai kehidupan sendiri, memiliki cahaya mata sendiri, segala amanah dan tanggungjawab akan dilaksanakan sebaik mungkin. Mudah-mudahan..!! Ameen.
Berfikir jauh, tetapi hanya mengelamun seketika apabila mata tajam merenung saudara sendiri seperti adik-adik sendiri, makan bersama-sama, sharing everything, semua tu zaman yang pernah aku lalui. 


Adik & abang makan bersama..

Si abg merajuk..

Kembali tersedar dari lamunan hanya melihat adik-adik kecil ini makan bersama dua beradik..hehehehe
Abang Aiman & Adik Tasha besar nanti belajar rajin-rajin ea...Abang kan cakap nak beli kereta besar untuk mama & bawa mama pi jalan-jalan..!  ^_^



Tuesday, February 5, 2013

~Masa Berlalu & Terus Berlalu~


....

Lama tidak mencoret cerita, perkembangan, perkongsian, alhamdulillah masih berpeluang menikmati keindahan di bumi Allah ini..Syukur!!

Mampu menarik nafas lega setelah menyelesaikan tanggungjawab sebagai seorang student selama hampir 3 tahun 1/2, dugaan dan cabaran tetap ada, sentisa belajar cara mengatasi serta menghadapi setiap dugaan  yang banyak pahit manisnya..walau apapun setiap cabaran & dugaan tersebut, Allah sentiasa bersama kita.

Terasa masa berlalu terlalu singkat, seakan tidak percaya sudah tamat pengajian sebagai pelajar Teknologi Maklumat. Diri terasa seolah-olah baru menjejakkan kaki di kampus sebagai pelajar semester 1, yang baru belajar untuk hidup berdikari dan jauh daripada keluarga. Tapi, Alhamdulillah akhirnya, dapat jua menghabiskan pengajian. Cepatnya masa berlalu...!!

Bermacam kenangan semasa belajar, bersama sahabat-sahabat, semasa melaksanakan program, semuanya akan membuatkan diri sentiasa ingat akan kenangan apabila merinduinya..Miss that Moment!!