Friday, December 23, 2011

Murah Rezeki, Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Bersyukur dengan rezeki Allah beri pada hari ini..Alhamdulillah..


Seharian menikmati makanan yang tidak putus-putus sehingga kenyang, kenikmatan lagi terasa ditambah lagi dengan kelazatan rezeki Allah..syukur..

Menikmati bakso Indonesia hasil daripada air tangan Prof sungguh sedap..terima kasih Prof. bagi kami makan  makanan yang Prof masak sendiri khas untuk kelas2 kami..
* sdap bakso yang Prof buat...heeee( puji ckt) 

selepas beberapa ketika, dapat makan rezeki yang lain plak..seronok sangat..heeee
makan buah, kerepek2, cucur udang, and variety of food yang dapat makan tadi..alhamdulillah,


terima kasih kepada family sahabat yang bawa makanan bagi kteorang makan...

Murahnye rezeki hari ne....Syukur pada-Mu Ya Allah.




Saturday, December 3, 2011

...Planning,Implementation, Evaluation...

Assalamualaikum...=)

alhamdulillah, selesai jua akhirnya program yang dirancang bersama-sama sahabat, yg dirancang telah pun dilaksanakn, pelaksanaan pula diiringi penilaian.

Segala kekurangan yang terdapat dalam majlis kami mohon maaf, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datangnya dari kami sendiri. Insyaallah segala kekurangan akan kami perbaiki lagi pada program yang akan datang...mudah2an..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan program pertama kita, terima  kasih atas guideline korang semua dalam menjayakan program ni...Tanpa kalian pasti program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya..


Mungkin program kita kali ne hanya 'Family Day Bowling'..tetapi tidak mengapa insyaallah kita boleh melaksanakan program yang lagi besar daripada ini..terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat & warga 
NAIC (Northern Artificial Intelligence Club)...

Always work in team, our team is the bezt......^_^





Tahniah kepada yang menang...=)





Friday, November 25, 2011

..::Doa Akhir Dan Awal Tahun::..

.....

1432 hijrah hampir ke penghujungnya, kini pula 1433 hijrah  menghampiri kita  tanggal 27 november ini. Tutup buku lama, buku buku baru. Semoga azam, impian, hasrat, dan harapan yang baik sentiasa berada di samping kita dengan kekuatan usaha, doa, dan tawakal kepada-Nya. Mudah2an...

Semoga tahun baru lebih terpancar sinaran cahayanya yang dapat menyinari kita daripada segala kekaburan dan kesamaran dunia.

Doa akhir tahun

Dibaca sebanyak 3 kali pada penghujung asar, sebelum masuk waktu maghrib.



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Dibaca 3 kali selepas waktu maghrib




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, November 22, 2011

::Malaysia vs Indonesia::

....
 
Tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya kerana telah mangalahkan skuad Garuda Indonesia dalam perlawanan akhir Bola Sepak Sukan Sea yang berlangsung di Indoniesia...=)
 
Berusaha meyaksikan perlawanan secara live di tv1 streaming..alhamdulillah, berjaya juga meyaksikan perlawanan tersebut walaupun always buffering tetapi semangat untuk meyaksikan perlawanan tersebut tidak pernah pudar...heee
 
Setia menyokong skuad Harimau Malaya..Penantian demi penantian akhirnya team harimau kite lagi hebat daripada team garuda, alhamdulillah kejayaan milik kite..

Bangga dengan negara kita pemain2nya 100% pemain tempatan jika nak dibandingkan negara Indonesia yang mana mereka megimport pemain dari luar, hebat lagi malaysia...tahniah...!!!!
 


 
 
 

Thursday, November 17, 2011

::UPSR::

.....

Dengar je result nak keluar hati dah berdebar-debar, macam sendiri plak yang nak ambil result..hoho

Dengar je pengumuman result UPSR tadi, tetiba teringat pulak time ambil exam tu dulu kt sekolah..huhu, dapat keputusan pun tak la baik sgt..setakat boleh memuaskan hati je..hoho, kalau ada peluang nak je ambil lagi exam tu supaya boleh dapat 5A...hehehehe
Tapi Alhamdulillah semua itu berjaya dilalui walaupun terpaksa melalui liku2 tajam..hehehe
Syukur sangat2 kerana dapat tempat di sini...<3<3

Anyway, tahniah kepada adik-adik yang dapat result yang cemerlang..dan yang kurang memberangsangkan tu boleh cuba usaha lagi supaya dapat yang lagi baik pada exam yang akan datang..jgn putus asa..!!

Teruskan perjuangan menuntut ilmu...ada usaha pasti berjaya..insyaallah..mudah2an..

Kepada adik, naim, diba dan angah izzati teruskan usaha kalian...lepas ne masuk sekolah menengah plak korang ea..teruskan perjuangan anda..

di mana pun sekolah yang anda belajar kejayaan pasti boley tercipta dengan usaha kamu menuntut ilmu...
stage demi stage perlu dilalui..
Gud Luck....^_^

* Tahniah Diba dapat result yang cemerlang..xlupa juga angah izzati..
                                * boley tahan jugak ko kn adik...=)





Wednesday, November 16, 2011

~Al-Mulk~

.........

Al-Mulk merupakan surah pertama yang terdapat dalam Al-Quran juzuk 29, surah ini sebaiknya dibaca dan diamalkan setiap hari, surah ini memelihara dan menghindarkan pembacanya daripada seksaan azab kubur.
Sama2 kita tingkatkan iman dan amal..mudah2an..


Bismillah



Wednesday, November 2, 2011

::Gemencheh-Muar-Batu Pahat::

....
 
Destinasi yang sentiasa berubah2... Gemencheh-Muar-Batu Pahat..Batu Pahat-Muar-Gemencheh...
Menghadiri Sesi Convocation UTHM kali ke-11,2011..

Kepada yang berkonvo tahniah ea... berjaya sudah stage yg dilalui..tahniah sekali lagi..:)


Tahniah...Grad juga ea akhirnya...:)

Kenangan bersama atuk & nenek...
susahnye atuk time ajak bergambar..


Pape pun tahniah wat kamu siti nur hidayu mahdi..heee

Wednesday, October 26, 2011

.....Start Here, End Here.....

....

semakin tamat pengajian yang bermula di sini dan berakhir di sini, alhamdulillah rezeki di sini...:)
 
 

 



Monday, October 24, 2011

Semoga Selamat Sampai Semua...~~

Assalamualaikum...<3<3

Bermula cuti midsem untuk sem ne 26 hb...belum sampai 26 hb semua cabut balik dah..eala dah kelas xde pada hari tersebut balik teros je..xde ape yang nak di tunggu kan..hohoho

Perasaan tidak sabar terpancar di riak wajah masing2..nak jumpa orang tersayang di kampung yang ditinggalkan buat seketika demi meneruskan tanggungjawab menuntut ilmu kn2....

rindu kepada mereka sudah semestinya, tambah2 lagi apabila jarang balik bercuti dan menghabiskan masa bersama  keluarga tersayang...

Selamat sampai semua yang balik kampung malam ne..jage  diri baik2 walaupun destinasi yang di tuju tidak sama...semoga perjalanan di redhaiNya,
 
Tetibe sedih balik lambat ckit..huhuhu, kene melaksanakan tugasan di .balai polis sebelum bergerak balik ke kampung...peluang menjalani latihan dan mendapatkan ilmu, tak banyak pun, ckit pun jadila...heeee, ayuh diri, jangan mengeluh tidak dapat balik awal tetapi think positively...pergi untuk mendapatkan ilmu dan pulang dengan knowledge yaang diperolehi...mudah2an...ameen.

Kita sebagai manusia tidak pandai dalam semua bidang, tetapi kita tahu melalui proses pembelajaran...semakin banyak kita belajar,semakin banyak benda juga kita tak tahu...so, sama2 la kita mencari ilmu..

balik2 juga jangan lupe nek cuti ada midtest...be prepare,hehehe
6 midtest menunggu untuk sem ne...memang terbaikla...!!
Gud Luck ea semua nanti, semoga dapat menjawab dengan jayanya...mudah2an..:)
 

Wednesday, October 19, 2011

:: Kerana 2 Buah Helmet::

Assalamualaikum....
semoga pembaca-pembaca blog dalam keadaan sihat sejahtera dan dikurniakan kesihatan yang baik oleh-Nya...

kembali menambahkan entry di dalam blog ne...:)

"kerana 2 buah helmet" menjadi kepala tajuk entry blog  ini adalah sebabya bermacam-macam dugaan demi dugaan untuk mendapatkan helmet tu....niat dan hajat untuk membeli helmet tidak kesampaian sebelum ini adalah disebabkan beberapa kekangan...hohoho, oleh itu, hasrat kami tidak tercapai untuk mendapatkannya...;p

hari selasa menjadi hari pilihan misi mencari 2 buah helmet...heeee, sebelum dapat helmet baru ada dugaan dah dapat pun ada dugaan..tapi kami hadapinya juga dengan penuh kesabaran..walaupun terdapat beberapa perkara yang tidak diduga akan berlaku, dan sebenarnya telah pun berlaku tadi...huhuhu

sungguh mendebarkan dengan pelbagai perasaan  yang datang pada ketika itu...hanya Allah je yang tahu..
tapi alhamdulillah semuanya baik2 sahaja...kenangan  tidak dapat dilupakan sepanjang duduk di sini, takut ada, nak nangis ada, berdebar2 ada, dan yang paling bezt nak gelakkan diri sendiri lebih daripada segala perasaan yang lain...hehehehehehe

lawak2....hikmah daripada kejadian jadikan pengajaran dalam hidup...^_^

persoalan kenapa moto mati tiba-tiba???

-minyak xde
-minyak hitam
-plug
-kaburetor masuk air + bla3.................

jawapannye : ....................................................hahahaha (malu sendiri) ;p
(kejadian yang berlaku selepas mendapatkan 2 buah helmet)

pape pun berjaya juga beli helmet baru...alhamdulillah, bertuah 2 buah helmet tu...heeee, buat rumet, sapela yang ambil helmet hang 2 kn...tak selamat budak tu...
kepada kawan-kawan yang membantu maceh banyak2....sayang korang...<3<3

moral value kat sini:

janganla ambil hak orang lain kalau itu bukan hak kita...walaupun orang lain tak nampak tetapi  Allah maha melihat lagi maha mengetahui..xpe2 sabar yang penting...:)


::::::KERANA 2 BUAH HELMET::::::



                                     

Saturday, October 15, 2011

::Riang Ria::

Assalamualaikum...

Menjadi rutin sepanjang 6 sem di sini kene menghadiri ko-k, sebagai syarat for graduate..ko-k laen selain palapes dan suksis  hanya selama 4 sem, tetapi kami sepanjang 6 sem kena menghadiri ko-k..disaat sahabat2 merehatkan diri seharian di bilik, timbul kejelesan dalam diri dengan mereka..hohoho ^_^

tetapi tidak mengapa banyak benda dapat kami pelajari sepanjang  6 sem ne nanti...mesti kerinduan terhadap sahabat2 mula terasa sewaktu meninggalkan tempat kita menuntut ilmu ne nanti..huhuhu, banyak benda dan perkara2 yang bermanfaat untuk diri sepanjang mengikuti ko-k kor suksis ne..

dengan penyertaan inila, merasa juga pegang P99, M16, revolver, MP5, blaja tentang undang2, seni mempertahankan diri, kem2 survival, dan mcm2 lagi...alhamdulillah, sumenya adalah ilmu yang sangat berguna buat diri dan juga sahabat2, yang dulu semangnya tidak pernah merasai dan menghadapinya, kini peluang ada di depan mata, so going on je...:) tidak pernah menyesal memilih ko-k ne, heee..;p

kalau sebelum2 ini, setiap hari sabtu ada PT (physical traing), kelas undang2, kawad dan sebagainya...tetapi hr ini berlainan, pengarah projek mengadakan program berkonsepkan gotong-royong sesama pelatih suksis dari junior sampaila senior..dengan mengenakan baju kurung bagi perempuan & baju melayu bagi lelaki, seharian mengendalikan program, macam kenduri kawen...heeeee, sama2 berganding bahu menjayakan program pada hari ini..macam pembahagian tugas dibuat dari segi makanan,teknikal, protokol, dan sebagainya...

TERBAEKLA PENGARAH PROJEK...!!, puji ckit..heee,memang terbaik pun..:) pasni bolehla wat projek yang lagi grand2 ea...heeeee,mst bezt gler....!! :)

gmbr kenang2an sepanjang program...






anyway, seronok join suksis uum bersama sahabat2..:)

Monday, October 10, 2011

kembali Tersenyum...:)

Assalamualaikum...

kembali mengupdate entry di dalam blog ne...busy dengan kerja yang tidak habis2 dan tidak putus2 datang..hohoho

 kembali tersenyum apabila lappy kembali boleh beroperasi seperti biasa...boley membantu tuannya dalam membuat tugasan yang perlu dihantar dan disiapkan segera...heee
alhamdulillah syukur...<3 <3

terbang juga duit poket beberapa ratus demi membaiki lappy yang mengalami masalah 2...bkn manusia je sakit and ada problem...lappy pn same jugak...hohohoho, apa pun tak boley...heee

xpe yang penting ia masih boleh berkhidmat kepada tuannye..syg lappy...<3 :)

ketiadaan lappy membuatkan hati mengeluh...huhuhu, contoh yang tidak baik untuk dicontohi..hoho
sebagai moral valuenya  bersabarla dalam menghadapi dugaan dan ujian...

Pasti ada hikmah di sebalik dugaan tersebut.

tapi alhamdulillah senyuman semakin lebar.......:)
senyuman menggambarkan perasaan kite...:)) ;p

^_^

assalamualaikum....





Thursday, September 15, 2011

Assalamualaikum...

Setelah beberapa bulan di rumah, kini pula kembali lagi di penginapan yang sementara untuk beberapa tahun ini..tempat yang jauh dari kampung halaman, di utara semenanjung tanah air tercinta ini..

Hanya tinggal 2 semester sahaja lagi untukku menghabiskan baki pengajian di sini..sudah pastinya segala kenangan pahit dan manis sepanjang berada di sini akan membuatkan kita sebagai student merinduinya kelak..

pejam celik, pejam celik, sudah seminggu berada di bumi yang aman dan damai ini, kini perjuangan mesti di teruskan walaupun terdapat cabaran dan rintangan sepanjang bergelar STUDENT.

Mak & ayah sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada kita. Sudah semestinya mereka amat berbangga dengan kejayaan anak-anaknya. Senyuman yang terukir di bibir mereka menandakan mereka cukup berbangga kita sebagai anaknya. 

Insyaallah,
akan ku cuba dapatkan yang terbaik 

USAHA, DOA, TAWAKAL..<<>>


Sunday, September 4, 2011

......^_^......

Assalamualaikum w.b.t..

bertemu kembali di bulan syawal yg ke-6, alhamdulillah kita diberi kesempatan oleh Allah meneruskan perjalanan kehidupan di muka bumi yang indah ciptaanNya ini, syukur alhamdulillah....<3<3

baru beberapa ketika mengadap muka buku dan mata ini tertarik melihat dan membaca beberapa bait2 perkataan dan ayat..oleh itu, niat ku mengambilnya dan meletakkan di dalam entry blog ini pula sebagai tatapan untuk pembaca dan juga untuk diri sendiri...:)


Enter The Masjid. . .

''FOWARD'' your solat
''DOWNLOAD'' pahala 
          ''FIREWALL'' your iman 
  ''BACKSPACE'' from syaitan
                                                                       ''BOOKMARK'' to Allah SWT
                                                               
                                                                         ''DELETE'' Allah's Enemy

                                                            ''COPY & PASTE'' from Al Quran and Sunnah

                                                                        ''HELP'' your muslim brothers and sisters


                                                                    ''FILE'' your amal


                                                                ''EDIT" your Akhlak


                                                  ''VIEW'' your GOOD and BAD deeds

                                      ''SEARCH'' The straight and right pathand. . ..
                                
                                      insyaallah you will never gt ''VIRUS''




ISLAM' is a 'school'

'DUNIA' is a 'Class'


'WE' are 'Student'


'QURAN' is 'Syllabus'


'SOLAT' is 'Practical'


'MUHAMMAD (S.A.W)' is 'teacher'


'ALLAH' is Examiner'


'Qiamat' is date of 'Result'


'Jannah' is the best 'reward :)



wanita yang comel = wanita yang menutup aurat dengan sempurna 
wanita yang sweet = wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi
 wanita yang romantik = wanita yang mengharapkan cinta dari Allah

wanita yang charming = wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah



Thursday, September 1, 2011

Ramadhan berlalu, Syawal dirai.....

Assalamualaikum...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI & HARI KEMERDEKAAN YG KE-54..
MOHON MAAF SEKIRANYA TERKASAR BAHASA ATAU TERSALAH KATA YANG MEMBUATKAN DIRI TERASA, RIBUAN KEMAAFAN DIPINTA...:(

Terasa singkat dan cepatnya waktu berlalu tanpa kita sedari..ramadan telah meninggalkan kita beberapa hari yang lepas, kini syawal pula yang dirai bersama keluarga dan sanak-saudara sebagai tanda kemenangan kita dalam menyambut bulan ramadan..pastinya ramadan yang lepas dirindui selepas ini, hanya setahun sekali kita menyambutnya..bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan...:)

cukupkah amalan2 kita di bulan ramadan yang baru  berlalu pergi?? sama2 la kita mendoakan segala amalan2 kita diterima olehNya...Ameeen,

Syawal lebih bermakna dengan keriuhan suara ahli keluarga dan sanak-saudara semasa berkumpul beramai-ramai di kampung ..masing-masing menyusun sepuluh jari memohon kemaafan antara satu sama lain supaya diampunkan kesalahan2 yang dilakukan, tiada manusia di dunia ini yang perfect atau sempurna, salah dan silap adalah perkara yang sering dilakukan oleh manusia, oleh itu, mohon kemaafan adalah salah satu cara terbaik bagi memastikan kesalahan dan kesilapan diampunkan sesama kita..

dalam keseronokan pastinya ada kesedihan disebaliknya, bagi sesiapa yang kehilangan ahli keluarga pastinya syawal yang dirasai tidak lengkap dengan kehadiran orang-orang yang tersayang..tetapi tidak mengapa, doa yang dipanjatkan kepada mereka pastinya membuatkan mereka tersenyum menerima doa-doa yang dikirim oleh ahli keluarga dan sanak-saudara,

Al-fatihah....
untuk arwah atok dan nenek yang telah pergi..
dan tidak lupa juga kepada insan2 yang jua telah pergi menyahut seruaan Illahi
serta seluruh orang mukmin..

akhir kata  selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin...>>>

Assalamualaikum......^_^

Sunday, August 21, 2011

::Rest For One Day:: :)

Assalamualaikum wbt..

Hari ne mengambil kesempatan merehatkan diri meluangkan masa bersama keluarga ke melaka..kedai tutup untuk sehari ne je..:)

Menghilangkan penat seharian bekerja berjalan ke melaka, bukan menghilangkan penat namanya. menambahkan penat lagi adla..huuuu, tapi xpe saat dan detik bersama keluarga adalah begitu indah..:), love it..

berbuka puasa di luar bersama keluarga di samping mencari kelengkapan raya 
yang masih tidak mencukupi..sebagai driver penumpang ajak kita la yang pi bawak depa..huuu,kalau tidak siapa lagi yang nak bawakan kami kan..

Syukur alhamdulillah memiliki lesen kenderaan sendiri, mudah dan senang untuk ke mana-mana tanpa mengharapkan orang lain, sehari dua bolehla orang tumpangkan kita, jika selalu marahla plak orang nanti..huuu

Dah ada lesen dapatla bawa keluarga ke mana-mana tempat yang ingin di tuju, p beli barang, shopping, jenjalan semuanya lepas, alhamdulillah..syukur pada Allah.

puas hati drive sendiri..huuuu, nak pi mane, nak balik kol berape, ikut time sendiri..bezt tu..huuu,lau pi ajak driver just dapat pi tempat-tempat yang terhad je..kalau pi sendiri bak kata orang unlimited..huuu,ikut suka..;p

sekian dahulu..assalamualaikum, :)

~~Lailatul Qadar~~

Assalamualaikum..

selamat menjalani ibadah puasa yang ke-21 hari..
semoga amalan-amalan kita diterima Allah swt, dengan berkat 10 malam terakhir ramadhan, iaitu malam lailatul qadar, marilah kita bersama-sama mencari keredhaanNya dan berusaha mencapainya..InsyaAllah,

Malam yang lebih baik dari seribu malam, yang penuh keberkatan..malam yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang mukmin..semoga kita juga memperolehi keberkatannyaNya, ameen..

doa memperoleh malam lailatul qadar:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "


 Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "


semoga kita berjaya memperolehinya..ameen..

Wednesday, August 17, 2011

Trauma Dan Dilema

Assalamualaikum...
selamat menyambut bulan puasa yg ke-17

Dalam bulan puasa ne macam2 dugaan yang dihadapi..tapi alhamdulillah sumenya still ok dan masih boleh mengharunginya..

sejak akhir2 ne rasa trauma and dilema je..ptg tadi nmpk bdk sekolah excidentt depan mata sendiri, Ya Allah, berdebar hati terasa tempias diaorg excident..takut je tengok..budak sekolah dengan budak sekolah plak tu, budak sekolah taha lagi,yang perempuan tu form 6, budak lelaki tu tidak dikenal pasti sebabnya selepas kejadian dia melarikan diri, dah taw dia salah pe lagi cepat2 la dia lari, tak baik camtu kecian pada orang yang dilanggarnya tu menahan kesakitan.

terkejut tengok insiden tu yang berlaku di depan mata sendiri, maklumla sebelum ne tak pernah tengok, insiden yang berlaku dalam sekelip mata tu, 

kelmarinnya pula kereta pulak dilanggar oleh budak sekolah, pecah lampu signal..sedih2, time tu nak masuk simpang slow je bawak, tetibe satu bunyi yang kuat kedengaran, tengok2 kete dah kene langgar, po nk di kato...hoho

macam-macam yang berlaku..dugaan2..:(
semua tu pasti ada hikmah disebaliknya
kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan

Mohon dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak baik..ameen


Tuesday, August 9, 2011

Seloka Ramadhan.....(^_^)

bulan lapan menyambut puasa
menyambut puasa bersama keluarga
tidak kira sahur dan juga berbuka
itula nama pengikat mesra antara saya dan juga keluarga...

ke sekolah itula rutinnya
setiap hari dan setiap pagi
adik n anis nama gerangan
tanpa mereka sunyi sepi

pergi ke pasar setiap hari
membeli sayur bersama ayam
itula rutin harian kami 
menyiapkan kuih-muih dan nasi ayam

menjadi assistant itula jawatannya
menyiapkan kuih setiap hari
atoi empunya gerangan
buat keje xhenti2 dari sahur sampai tengahari

cantik dipandang enak dimakan
bermacam aneka kami sediakan
silala rasa sila makan
pelbagai juadah kami sajikan

mencari rezeki setiap hari
menjual kuih punca pendapatan kami
nak cari duit poket untuk kami sendiri
dengan hasil usaha sendiri..

mama gelaran ibu kami
dia la ibu dia la umi
memberi support tak henti-henti
macam seperti perdana menteri..

warnanya hijau nampak berseri
apam sua nama diberi
menjadi pilihan setiap hari 
tiada sehari gerenti orang tanya lagi..

berpanas berhujan di bawah payung
bersama kerusi dan juga meja
niat tak baik harus dibendung
supaya menjadi insan berguna

tapak kami tepi sekali
berdekatan dengan kedai buah FAMA
jika datang singgah la sini
mencari juadah berbuka puasa...

bulan puasa bulan mulia
bersihkan hati bersihkan jiwa
dari segala prasangka2
agar hati tenang sentiasa..

pegangan kita Al-Quran dan sunnah
menjadi pedoman setiap hari
mari kita amalkan sunnah 
membaca Al-Quran setiap hari..

sampai di sini seloka kami
ada yang kurang harap dimaafi
bukanla niat kami untuk menyakiti
sebagai penghibur jiwa dan hati...

ASSALAMUALAIKUM....salam ramadhan al-mubarak..(<_>) 

Sunday, August 7, 2011

...Ogos & Ramadhan...

         ogos....

bula ogos bulan lapan
bulan lapan sambut ramadhan
kte berpuasa selama sebulan
bulan yang penuh dengan dugaan
bukan menahan nafsu makan
tetapi juga segala kemahuan
termasuk juga hati dan perasaan
yg fkr bukan2
banyakkan zikir dan baca quran
supaya lari hantu dan syaitan
yang sentiasa takut dengan ayt suci Al-quran
yang mempunyai maksud dan terjemahan
semoga bertambah amalan2
setiap hari dan setiap malam
bulan yang penuh dengan keberkatan
diet yang terbaik untuk kesihatan
boleh turunkan berat badan
sehingga pinggang kecil ukuran

sampai di sini sahaja ungkapan
salam ramadhan sebagai ucapan......(>_<)


Friday, August 5, 2011

Assalamualaikum...

lama rasanya tidak mengonlinekan diri..huu keje yang banyak membataskan masa terluang yang ada untuk mengupdate segala maklumat dan aktiviti seharian, kini, kita berada di bulan ramadhan yang penuh keberkatan, sama-sama kita tingkatkn ibadah, supaya kita memperoleh pahala yang berlipat kali gandanya..ameen

Rutin harian menyiapkan kuih-muih untuk di bawa ke pasar ramadhan untuk dijual, penatnya tak terkata..
semua tu hanya dugaan yang bersifat sementara selama sebulan..untuk mencari rezeki di bulan mulia yang penuh keberkatan, kita kena sabar dalam menghadapinya..mudah2an hati ne terus kuat menahan segala nafsu di bulan ramadhan ne..

keletihan melanda diri setiap hari..tetapi tidak mengapa, tabahkan diri cekalkan hati..pasti ada kegembiraan di sebalik semuanya itu nanti kan..:)

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA...<^_^>

Thursday, July 28, 2011

Pantas Sungguh MAsa Berlalu....<=_=>


           Assalamualaikum...<>

pejam celik, pejam celik cepatnya masa berlalu...sekejap je dah nak masuk bulan 8 dan pada masa yang sama kita akan menyambut bulan ramadhan dalam beberapa hari lagi...


rasa macam baru keje, tapi dah nak habis dah khidmat saye di tempat kerja tu, pasne akan memulakan khidmat di tempat lain plak, penat jugak kerja ni..tapi xpe demi mencari sedilit duit poket sebagai bekalan sendiri, puas rasanya dengan menikmati duit dari hasil titik peluh sendiri, daripada citula kita pandai menghargainya...:)


Daripada menerima sahaja lebih baik merasai dengan hasil sendiri, baru lebih bermakna,   

camnila susahnya parent2 kita penat cari duit nak bagi kita makan & minum, sekolah lagi n macam2 lagi, susah jugak cari duit sekarang, kene kerja dulu baru ada pendapatan, xde kerja xdela income..xdenye duduk saje di rumah dapat income bulan2, lau camtu beztla tak payah kerja..

Ada pun sekarang duduk depan laptop jana pendapatan dengan online jalankan bisnez MLM bukan takat bulan2 hari2 pun dapat income, macam2 dah sekarang ne jenis2 biznez camtu..

dok bercerita je, masa bercuti pun dah semakin singkat, dari awal bulan 6 sampaila selapas raya, saya akan kembali ke negeri jelapang padi di utara semenanjung malaysia kembali, menyambung kembali tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar di sana, dengar di utara sana sudah pasti rasanya jauh, memakan masa berjam2 perjalanan ke sana, selalunya saya memilih kenderaan awam untuk pulang ke sana, lebih senang dan menjimatkan..^_^

kalau boleh saya nak balik selalu ke rumah, tetapi apakan daya jarak yang jauh membataskan kemahuan saya..HOME SICK HOME~~

terpaksa memujuk hati supaya bersabar sementara menunggu cuti semestar yang mendatang..bersyukur kepada Allah kerana memberi saya kesempatan menuntut ilmu di negeri orang yang jauh di utara semenanjung...alhamdulillah, bak kata orang jauh perjalanan luas pemandangan..

Bila lagi nak merasa duduk di tempat orang kan, inila kesempatan merasanya...Alhamdulillah, banyak benda baru yang saya belajar apabila berjauhan dari keluarga, berdikari..BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI! huuu, semakin banyak kita belajar, semakin banyak benda yang kita tak tahu..

coret panjang2 samapi esok pun tak habis,sampai di sini dulu..assalamualaikum, :)

semoga hari esok lebih baik dari hari ini..mudah-mudahan,amin


Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan Kembali...(^_*)

UCAPAN SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...
jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya.
jika seluruh umur adalah dosa, maka tobatlah obatnya.
jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan lah pemutihnya.


gersang bumi tanpa hujan
gersang akal tanpa ilmu
gersang hati tanpa iman
gersang jiwa tanpa amal
marhaban ya ramadhan…

Perkataan paling berbobot adlh “ALLAH”
Lagu termerdu adlh “ADZAN”
Buku terbaik adlh “AL QUR’AN”
Senam paling sehat adlh “SHALAT”
Kebersihan paling menyegarkan adlh “WUDHU”
Perjalanan terindah adlh “HAJI”
Khayalan paling mengesankan adlh ingat akan “DOSA”
Diet paling sempurna adlh “PUASA”
Selamat merengkuh berkah Ramadhan

Selembut embun dipagi hari, tengadah tangan sepuluh jari,
ucapkan salam setulus hati, selamat menyambut bulan yang suci.

*krdt to pmbuat ucapan...

aku ambil ucapan power ne untuk ingtkan diri yang sering alpha ini dan untuk semua warga-warga blogger sekalian..=)

semoga ramadhan kali ini penuh keberkatan ALLAH SWT..amin..
Pose jgn xpose....(*_^)

bulan syaaban kian menghilang,
ramadhan pula tunggu giliran,
menunggu hari sambil membilang,
tak sabar menanti kedatangan ramadhan.....<>

*ne baru  hasil rekacipta sendiri..huuu

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA....^_^


Friday, July 22, 2011

~Kerinduan Terubat~

masa yang ditunggu2 telah pun sampai..seronok tidak terkata kot..=)

Alhamdulillah tercapai jugak impian dan hasrat saya nak jumpe awak..rasanya tak cukup masa kite berborak, macam nakduduk je kat kedai makan tu tak nak balik nak borak punye pasal, maklumla dah lama tak jumpa org jauh 2...heee

                                                     kenangan bersama...heee

snap cikit gambar kenang-kenangan, pasni tak taw lagi bile kite jumpe lagi kan awak..=(


Minum air je lebih dari makan, hohoho..menjamu selera sambil berbicara antara satu sama lain, thanx awak belanja mkn...dapat kene plak dengan mee hailam..wah sedap sungguh..:)

tapi cian awak nasi goreng yang awak order tu ada daging xleyla awak makan kan, order mee hailam macam saya lambat plak, sabar je..tapi xpe dapat beborak lama-lama..heee

                          nasi goreng ne ada daging cian awak xboleh makan...

                              menu bersama yang dipilih untuk dimakan..=)


Saya dah sudah makan baru mee hailam awak plak yang sampai..nasib baik kite xbalik lagi, kalau tak, orang tu jela yang makan nampaknya..lambat sangat..huuu

Ramai orang tengok bola time tu, Malaysia vs Chelsea..kite kalah dengan Chelsea, pakcik2 kat citu kumain bising pasukan kite kalah time tu, dah kite xde rezeki untuk menang, dah bis pasukan bola negara berusaha tapi itu je yang mereka mampu lakukan apabila beraksi di padang tu..So,janganla marah mereka, belum tentu pakcik2 main pun boleh menang...

                                 kenangan yang tidak mungkin dilupakan...
                                                            ^_^