Sunday, August 21, 2011

::Rest For One Day:: :)

Assalamualaikum wbt..

Hari ne mengambil kesempatan merehatkan diri meluangkan masa bersama keluarga ke melaka..kedai tutup untuk sehari ne je..:)

Menghilangkan penat seharian bekerja berjalan ke melaka, bukan menghilangkan penat namanya. menambahkan penat lagi adla..huuuu, tapi xpe saat dan detik bersama keluarga adalah begitu indah..:), love it..

berbuka puasa di luar bersama keluarga di samping mencari kelengkapan raya 
yang masih tidak mencukupi..sebagai driver penumpang ajak kita la yang pi bawak depa..huuu,kalau tidak siapa lagi yang nak bawakan kami kan..

Syukur alhamdulillah memiliki lesen kenderaan sendiri, mudah dan senang untuk ke mana-mana tanpa mengharapkan orang lain, sehari dua bolehla orang tumpangkan kita, jika selalu marahla plak orang nanti..huuu

Dah ada lesen dapatla bawa keluarga ke mana-mana tempat yang ingin di tuju, p beli barang, shopping, jenjalan semuanya lepas, alhamdulillah..syukur pada Allah.

puas hati drive sendiri..huuuu, nak pi mane, nak balik kol berape, ikut time sendiri..bezt tu..huuu,lau pi ajak driver just dapat pi tempat-tempat yang terhad je..kalau pi sendiri bak kata orang unlimited..huuu,ikut suka..;p

sekian dahulu..assalamualaikum, :)

~~Lailatul Qadar~~

Assalamualaikum..

selamat menjalani ibadah puasa yang ke-21 hari..
semoga amalan-amalan kita diterima Allah swt, dengan berkat 10 malam terakhir ramadhan, iaitu malam lailatul qadar, marilah kita bersama-sama mencari keredhaanNya dan berusaha mencapainya..InsyaAllah,

Malam yang lebih baik dari seribu malam, yang penuh keberkatan..malam yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang mukmin..semoga kita juga memperolehi keberkatannyaNya, ameen..

doa memperoleh malam lailatul qadar:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "


 Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "


semoga kita berjaya memperolehinya..ameen..

Wednesday, August 17, 2011

Trauma Dan Dilema

Assalamualaikum...
selamat menyambut bulan puasa yg ke-17

Dalam bulan puasa ne macam2 dugaan yang dihadapi..tapi alhamdulillah sumenya still ok dan masih boleh mengharunginya..

sejak akhir2 ne rasa trauma and dilema je..ptg tadi nmpk bdk sekolah excidentt depan mata sendiri, Ya Allah, berdebar hati terasa tempias diaorg excident..takut je tengok..budak sekolah dengan budak sekolah plak tu, budak sekolah taha lagi,yang perempuan tu form 6, budak lelaki tu tidak dikenal pasti sebabnya selepas kejadian dia melarikan diri, dah taw dia salah pe lagi cepat2 la dia lari, tak baik camtu kecian pada orang yang dilanggarnya tu menahan kesakitan.

terkejut tengok insiden tu yang berlaku di depan mata sendiri, maklumla sebelum ne tak pernah tengok, insiden yang berlaku dalam sekelip mata tu, 

kelmarinnya pula kereta pulak dilanggar oleh budak sekolah, pecah lampu signal..sedih2, time tu nak masuk simpang slow je bawak, tetibe satu bunyi yang kuat kedengaran, tengok2 kete dah kene langgar, po nk di kato...hoho

macam-macam yang berlaku..dugaan2..:(
semua tu pasti ada hikmah disebaliknya
kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan

Mohon dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak baik..ameen


Tuesday, August 9, 2011

Seloka Ramadhan.....(^_^)

bulan lapan menyambut puasa
menyambut puasa bersama keluarga
tidak kira sahur dan juga berbuka
itula nama pengikat mesra antara saya dan juga keluarga...

ke sekolah itula rutinnya
setiap hari dan setiap pagi
adik n anis nama gerangan
tanpa mereka sunyi sepi

pergi ke pasar setiap hari
membeli sayur bersama ayam
itula rutin harian kami 
menyiapkan kuih-muih dan nasi ayam

menjadi assistant itula jawatannya
menyiapkan kuih setiap hari
atoi empunya gerangan
buat keje xhenti2 dari sahur sampai tengahari

cantik dipandang enak dimakan
bermacam aneka kami sediakan
silala rasa sila makan
pelbagai juadah kami sajikan

mencari rezeki setiap hari
menjual kuih punca pendapatan kami
nak cari duit poket untuk kami sendiri
dengan hasil usaha sendiri..

mama gelaran ibu kami
dia la ibu dia la umi
memberi support tak henti-henti
macam seperti perdana menteri..

warnanya hijau nampak berseri
apam sua nama diberi
menjadi pilihan setiap hari 
tiada sehari gerenti orang tanya lagi..

berpanas berhujan di bawah payung
bersama kerusi dan juga meja
niat tak baik harus dibendung
supaya menjadi insan berguna

tapak kami tepi sekali
berdekatan dengan kedai buah FAMA
jika datang singgah la sini
mencari juadah berbuka puasa...

bulan puasa bulan mulia
bersihkan hati bersihkan jiwa
dari segala prasangka2
agar hati tenang sentiasa..

pegangan kita Al-Quran dan sunnah
menjadi pedoman setiap hari
mari kita amalkan sunnah 
membaca Al-Quran setiap hari..

sampai di sini seloka kami
ada yang kurang harap dimaafi
bukanla niat kami untuk menyakiti
sebagai penghibur jiwa dan hati...

ASSALAMUALAIKUM....salam ramadhan al-mubarak..(<_>) 

Sunday, August 7, 2011

...Ogos & Ramadhan...

         ogos....

bula ogos bulan lapan
bulan lapan sambut ramadhan
kte berpuasa selama sebulan
bulan yang penuh dengan dugaan
bukan menahan nafsu makan
tetapi juga segala kemahuan
termasuk juga hati dan perasaan
yg fkr bukan2
banyakkan zikir dan baca quran
supaya lari hantu dan syaitan
yang sentiasa takut dengan ayt suci Al-quran
yang mempunyai maksud dan terjemahan
semoga bertambah amalan2
setiap hari dan setiap malam
bulan yang penuh dengan keberkatan
diet yang terbaik untuk kesihatan
boleh turunkan berat badan
sehingga pinggang kecil ukuran

sampai di sini sahaja ungkapan
salam ramadhan sebagai ucapan......(>_<)


Friday, August 5, 2011

Assalamualaikum...

lama rasanya tidak mengonlinekan diri..huu keje yang banyak membataskan masa terluang yang ada untuk mengupdate segala maklumat dan aktiviti seharian, kini, kita berada di bulan ramadhan yang penuh keberkatan, sama-sama kita tingkatkn ibadah, supaya kita memperoleh pahala yang berlipat kali gandanya..ameen

Rutin harian menyiapkan kuih-muih untuk di bawa ke pasar ramadhan untuk dijual, penatnya tak terkata..
semua tu hanya dugaan yang bersifat sementara selama sebulan..untuk mencari rezeki di bulan mulia yang penuh keberkatan, kita kena sabar dalam menghadapinya..mudah2an hati ne terus kuat menahan segala nafsu di bulan ramadhan ne..

keletihan melanda diri setiap hari..tetapi tidak mengapa, tabahkan diri cekalkan hati..pasti ada kegembiraan di sebalik semuanya itu nanti kan..:)

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMUA...<^_^>