Tuesday, October 9, 2012

~6 Month As A Trainee~

...
Alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT bagi meneruskan sisa-sisa hidup yang masih berbaki yang penuh dugaan dan cabaran.
6 bulan sebagai trainee at ISMECA company, wah...rase nk cpt hbs je...huhuhuhu,
Lapor diri dengan tanpa bekalan ape-ape, masuk-masuk je tengok suasana opis yang orang sibuk menyiapkan tugas masing-masing. Inilah pertama kali menjejakkan kaki di kilang.
Semoga Allah permudahkan segala urusanku, diberikan ilmu yang bermanfaat sepanjang menjadi trainee di kilang ni, tak dapat banyak pun  tak pe, sikit pun jadila...Belajar semuanya dari bawah. Dengan tunjuk ajar saripada senior-senior, alhamdulillah dapat sedikit sebanyak ilmu yang dari dulunya 0 kini kian bertambah. Betapa beratnya hati untuk melapor diri  di kilang tu pada masa lapor diri. Ada hikmahnya setiap semua yang berlaku.  

Semoga perjalanan praktikal ku baik-baik sahaja, dan dapat menyempurnakan tugas sebagai seorang pelajar. Mudah2an...Ameen.

Wednesday, May 9, 2012

::SpeciaL WisheS FoR U::



.........

Hari demi hari akhirnya sampai jugak hari ne 9/5/2012...pejam celik,pejam celik kejap je masa berlalu kan,kejap je kan umur beralih ke nilai yang semakin banyak dan tidak sama sekali berkurang...huhuhu,

Pape pun epy besday my dearest sister yg ke-24...
tak dapat sambut besday, tapi doa ku kirim dari jauh..heeee
Semoga panjang umo,
murah rezeki,
sihat selalu,
ceria sokmo,
dirahmati Allah sentiasa...Ameen 

^_^





Simbolik hadiah besday...heeee :P
Beztnye tgk kek ne...terliur sekejap...:D
 


Sunday, April 15, 2012

~Pulau Perhentian + Kuala terengganu~


Cuti midSem telah pun berlalu, kini kembali pula sesi meneruskan pengajian untuk semester ini. 
walaupun tidak kesampaian bercuti di rumah tetapi masa tidak dibuang begitu saja..

Ada program-program yang telah di isi tatkala orang bercuti sedangkan diri mengikuti program yang penuh dengan pengisian...kenangan program bakti siswa xkan dilupakan bersama keluarga angkat di pulau perhentian,Terengganu.

First time diri  ini terlibat mengikuti program bakti siswa ini, ternyata seronok bersama mereka terutamanya keluarga angkat dan orang2 pulau tersebut..

Ternyata dengan program ini dapat diri ini mengeratkan ukhuwah sesama saudara islam dengan adanya ma & abah, adik2 comel yang manja...
Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah ma n abah terasa janggal untuk berbuat apa sahaja walaupun disuruh buat macam rumah sendiri...perasaan segan menyelubungi diri..maklumla rumah mak angkat..bukannya rumah sendiri..
rumah sendiri dan rumah orang semestinya berbeza dengan suasana dan keadaannya...

Seronok ketika berada di sana..rasanya tidak mahu balik...dengan keadaan pulau yang cantik membuatkan diri ini jatuh cinta dengan pulau yang bernama pulau perhentian...

Cantik permandangan, jernih dan biru air lautnya, suasana kampung yang indah lagi permai, makanan yang bezt lagi sedap, keluarga yang baik lagi sporting...

Rindu semua tu...Alhamdulillah diberi kesempatan unntuk ke sana beberapa hari...

Indah sungguh alam semulajadi ciptaan-Mu Ya Allah....
Tenang hati tatkala menikmmati keindahan ciptaan-Mu yang sungguh cantik lagi indah....^_^

Banyak sungguh aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di pulau perhentian dan kuala terengganu...
sungguh bezt...

Ada rezeki Insyaallah akan ke sana lagi...mudah2an...

        laut yang jernih airnya...

pemandangan yang indah...

     Perhentian island resort

   Bersama keluarga angkat

Bersama ma n adik2 comel..<3

Wednesday, March 21, 2012

~Jauh PerjalanaN LuaS PemandangaN~

...

Kembali mencoret beberapa cerita yang boleh dikongsikan bersama..

Melawat Negara jiran terdekat Thailand akan tersemat segala kenangan bersama rakan-rakan..Bezt..!!!
Alhamdulillah ada kesempatan menjejakkan kaki melawat Negara Orang...
SERONOK..!!! Hatyai-Songkla

Walaupun xfaham bahasa diorang tetapi  alternatif lain digunakan untuk berkomunikasi dengan orang2 sana...
Yang penting tahu nilai mata wang depa...^_^

Sebabnya apa2 yang nak beli semuanya menggunakan nilai mata wang negara mereka..cuma ada beberapa tempat masih menerima wang wang kita..
Lau cam tu lagi mudah...=)

Nilai mata wang mereka bersamaan :-

100 BATH = RM10
10 BATH = RM1



Bersama-sama adik sekolah Thai..


Samila Beach...




Histrory of Cat & Rat


Cat & Rat


Floating Market..



Alhamdulillah merasa p tempat orang walaupun sekali...^_^



Friday, March 9, 2012

~:: TiTi HaYuN::~

.....
Kembali mengupdate entry2 terbaru...syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan beberapa  perkongsian cerita.

Bersama rakan2 mengisi cuti terluang dengan menikmati keindahan alam ciptaan tuhan Titi Hayun, Yan, Kedah. Pertama kali menjejakkan kaki pastinya teruja dengan tempat2 yang belum pernah dilawati,semestinya seronok..

p/s: 1st time p..negeri orang katakan, bkn tmpt sndr..;p
Indah Sungguh Alam ciptaan Tuhan...<3<3
Menikmati Keindahan alam dengan berbekalkan makanan yang dibawa bersama..
betambah nikmat dengan adanya,
*BBQ ayam
*ikan bakar
*Keledek bakar
*Sosej
*tomyam|
*beberapa makanan sampingan yang lain.

Sungguh menyelerakan..^_^

Terima Kasih Ya Allah masih beri kesempatan menikmati nikmat yang telah Engkau Kurniakan..
Dan juga berkesempatan berkumpul bersama-sama sahabat2 di Sini..
Alhamdulillah.








* Next time boley p lagi...;)
semoga ianya jadi suatu kenangan ..huhuhu



Friday, February 24, 2012

::Perjuangan Terakhir::

....

Perjuangan untuk sem2 terakhir yang belum tamat...perjuangan harus di teruskan sebelum melangkah ke alam Latihan Industri (LI/ Praktikal)  selepas penghujung sem ini...semoga di permudahkan segala urusan. Ameen..
 
Permulaan sem yang penuh dengan dugaan dan cabaran, namun harus diteruskan dengan penuh kesabaran, Insyaallah, pasti ada hikmah disebalik setiap dugaan dan cabaran tersebut, mudah2an..
 
cuba untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri ke arah yang lebih baik, semoga Allah permudahkan...ameen..betulkan niat, tingkatkan amal, buang  perspective negative and think positively...
 
* teruskan perjuangan
* tingkatkan pencapaian
* tetapkan matlamat
* penantian sebuah kejayaan..








Saturday, February 4, 2012

~::Meluangkan Mase Bersame::~

Assalamualaikum....

Bukan senang untuk meluangkan masa bersama family, mencuri masa sementara masih ada lagi kesempatan untuk menghabis dan meluangkan masa bersama-sama.. Bersyukur dengan kesempatan masa yang ada walaupun tidakla lama tetapi keseronakan yang diperoleh sangat bernilai.!!

Syukur Alhamdulillah..!!!

keluar bersama, menghabiskan masa bersama, makan bersama, jalan-jalan bersama, sudah pastinya keseronokan tergambar di raut2 wajah sesama kte adik-beradik. Pelbagai telatah dan kerenah dapat dilihat dan diperhatikan sepanjang keluar bersama..mcm2 ragam..!!~

Masa yang banyak diluangkan  bersama keluarga tersayang merupakan resepi pengerat kasih sayang dalam keluarga...gaduh-gaduh, gurau-gurau perkara biasa dalam kehidupan berkeluarga. dengan semua itu hadirnya kebahagiaan..

 Kebahagiaan dalam keluarga sangat bernilai & berharga yang tidak dapat diperoleh dan dibeli dengan wang ringgit...!!!! <3<3

::AIR YANG DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS::





Always remember that moment...<3<3 =)



Thursday, January 19, 2012

::Syiling Baru::




Duit Syiling baru...


Reka Bentuk Duit Syiling

 Bahagian Hadapan Duit Syiling

      Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif utama duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

 

 Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:
    
    
Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen,10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempatan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Makaysia' sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

    

Ciri-Ciri 
- mencorakkan budaya & warisan negara yang menjadi sumber inspirasi reka bentuknya
- memaparkan keindahan alam semulajadi, flora & fauna, dan seni kraf tangan tradisional
- lebih kecil & ringan
- memasukkan ciri2 keselamatan yang lebih baik bagi mengelakkan pemalsuan
- logam yang digunakan lebih berkualiti & tahan lama
- memudahkan orang ramai &  mereka yang kurang penglihatan membezakan jenis syiling yang berlainan
   berdasarkan 
keunikan reka bentuknya.
- berwarna kuning & perak dengan  sisi tepi yang berbeza-beza.

Tuesday, January 10, 2012

~1 More To Go...~

....

Perjuangan yang masih belum selesai..1 more to go tomorrow, berperang di medan sebelum balik ke kampung halaman berjumpa dengan orang tersayang..huhuhu

Pulang dengan hati yang tenang dan lega apabila final exam habis..tapi kelegaan hanya seketika dirasai apabila waktu kemuncak untuk menanti result pula tiba..
debaran menanti keputusan pula menanti...
Macam2 difikiran sewaktu menanti keputusan keluar..huhuhu
ok ke?
baik ke?
dpt pe?
mcm2..

Cuma bersabar berdoa dengan apa yang telah diusahakan..pasti ada kejayaan disebalik usaha yang bersungguh-sungguh itu, mudah2an..

Usaha+Doa+Tawakal...^_^

mengharapkan yang terbaik dengan usaha yang telah dilakukan..mudah2an,


Sunday, January 1, 2012

::Beginning Of 2012::

Assalamualaikum...



Belum terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru 2012..Semoga impian, harapan, dan hasrat yang diinginkan tercapai..mudah2an ^_^
Hanya mendoakan yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik,

Minggu berdepan dengan final exam jugak..hohoho, time2 camni orang sibuk untuk ke sekolah, kte sibuk exam untuk menghabiskan baki2 sem yang hanya tinggal beberapa hari je lagi...huhuhu

Anyway Good luck for final exam who are taking dis sem..
ALL THE BEST..!! CHAIYOK3...

Usaha+Doa+Tawakal

*Azam baru, semangat baru, n semuanye baru..heeee (*_^)