Monday, March 18, 2013

Usia Sedemikian (Kanak-kanak)


Assalamualaikum...

kembali bersua di alam sosial berkongsi beberapa cerita..Alhamdulillah,

Setiap insan yang lahir di dunia semestinya melalui waktu-waktu semasa bergelar bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan juga sudah pasti mati...!

Sewaktu melihat kanak-kanak bermain, bergurau, berkelahi, dan bermacam-macam lagi, secara automatiknya otak kembali ligat mengingati kenangan lalu sewaktu diri bergelar kanak-kanak. Bermacam kerenah aku semasa kecil, meskipun bermacam ragam, namum ibu-ibu kita tetap melayan kita dengan baik. Tidak pernah mengeluh melayan dan mendidik anak-anaknya semasa kecil.


Di dalam hati kecil ini, terasa terharu apabila teringat kembali saat seusia demikian, segala ragam dan kerenah dilayan, merajuk, menangis sudah semesti..segala kemahuan dan kehendak dituruti, wah...segalanya dilayan begitu baik. Ya Allah..banyaknya pergorbanan ibu membesarkan kita! Alhamdulillah...Aku masih di samping beliau.!!

Tiba-tiba otak lagi ligat berfikir, mampukah aku jadi ibu seperti itu?? Sudah bersediakah aku?? Mampukah aku melayan anak-anak dengan sebaiknya kelak?? Melayan, mendidik, mengasuh?? Wah! semuanya menjadi tanya tanya. Mampukah?? mampukah??

InsyaAllah, bila sudah berkeluarga, mempunyai kehidupan sendiri, memiliki cahaya mata sendiri, segala amanah dan tanggungjawab akan dilaksanakan sebaik mungkin. Mudah-mudahan..!! Ameen.
Berfikir jauh, tetapi hanya mengelamun seketika apabila mata tajam merenung saudara sendiri seperti adik-adik sendiri, makan bersama-sama, sharing everything, semua tu zaman yang pernah aku lalui. 


Adik & abang makan bersama..

Si abg merajuk..

Kembali tersedar dari lamunan hanya melihat adik-adik kecil ini makan bersama dua beradik..hehehehe
Abang Aiman & Adik Tasha besar nanti belajar rajin-rajin ea...Abang kan cakap nak beli kereta besar untuk mama & bawa mama pi jalan-jalan..!  ^_^



0 comments: