Thursday, September 15, 2011

Assalamualaikum...

Setelah beberapa bulan di rumah, kini pula kembali lagi di penginapan yang sementara untuk beberapa tahun ini..tempat yang jauh dari kampung halaman, di utara semenanjung tanah air tercinta ini..

Hanya tinggal 2 semester sahaja lagi untukku menghabiskan baki pengajian di sini..sudah pastinya segala kenangan pahit dan manis sepanjang berada di sini akan membuatkan kita sebagai student merinduinya kelak..

pejam celik, pejam celik, sudah seminggu berada di bumi yang aman dan damai ini, kini perjuangan mesti di teruskan walaupun terdapat cabaran dan rintangan sepanjang bergelar STUDENT.

Mak & ayah sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada kita. Sudah semestinya mereka amat berbangga dengan kejayaan anak-anaknya. Senyuman yang terukir di bibir mereka menandakan mereka cukup berbangga kita sebagai anaknya. 

Insyaallah,
akan ku cuba dapatkan yang terbaik 

USAHA, DOA, TAWAKAL..<<>>


0 comments: