Thursday, September 1, 2011

Ramadhan berlalu, Syawal dirai.....

Assalamualaikum...

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI & HARI KEMERDEKAAN YG KE-54..
MOHON MAAF SEKIRANYA TERKASAR BAHASA ATAU TERSALAH KATA YANG MEMBUATKAN DIRI TERASA, RIBUAN KEMAAFAN DIPINTA...:(

Terasa singkat dan cepatnya waktu berlalu tanpa kita sedari..ramadan telah meninggalkan kita beberapa hari yang lepas, kini syawal pula yang dirai bersama keluarga dan sanak-saudara sebagai tanda kemenangan kita dalam menyambut bulan ramadan..pastinya ramadan yang lepas dirindui selepas ini, hanya setahun sekali kita menyambutnya..bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan...:)

cukupkah amalan2 kita di bulan ramadan yang baru  berlalu pergi?? sama2 la kita mendoakan segala amalan2 kita diterima olehNya...Ameeen,

Syawal lebih bermakna dengan keriuhan suara ahli keluarga dan sanak-saudara semasa berkumpul beramai-ramai di kampung ..masing-masing menyusun sepuluh jari memohon kemaafan antara satu sama lain supaya diampunkan kesalahan2 yang dilakukan, tiada manusia di dunia ini yang perfect atau sempurna, salah dan silap adalah perkara yang sering dilakukan oleh manusia, oleh itu, mohon kemaafan adalah salah satu cara terbaik bagi memastikan kesalahan dan kesilapan diampunkan sesama kita..

dalam keseronokan pastinya ada kesedihan disebaliknya, bagi sesiapa yang kehilangan ahli keluarga pastinya syawal yang dirasai tidak lengkap dengan kehadiran orang-orang yang tersayang..tetapi tidak mengapa, doa yang dipanjatkan kepada mereka pastinya membuatkan mereka tersenyum menerima doa-doa yang dikirim oleh ahli keluarga dan sanak-saudara,

Al-fatihah....
untuk arwah atok dan nenek yang telah pergi..
dan tidak lupa juga kepada insan2 yang jua telah pergi menyahut seruaan Illahi
serta seluruh orang mukmin..

akhir kata  selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin...>>>

Assalamualaikum......^_^

0 comments: