Tuesday, August 9, 2011

Seloka Ramadhan.....(^_^)

bulan lapan menyambut puasa
menyambut puasa bersama keluarga
tidak kira sahur dan juga berbuka
itula nama pengikat mesra antara saya dan juga keluarga...

ke sekolah itula rutinnya
setiap hari dan setiap pagi
adik n anis nama gerangan
tanpa mereka sunyi sepi

pergi ke pasar setiap hari
membeli sayur bersama ayam
itula rutin harian kami 
menyiapkan kuih-muih dan nasi ayam

menjadi assistant itula jawatannya
menyiapkan kuih setiap hari
atoi empunya gerangan
buat keje xhenti2 dari sahur sampai tengahari

cantik dipandang enak dimakan
bermacam aneka kami sediakan
silala rasa sila makan
pelbagai juadah kami sajikan

mencari rezeki setiap hari
menjual kuih punca pendapatan kami
nak cari duit poket untuk kami sendiri
dengan hasil usaha sendiri..

mama gelaran ibu kami
dia la ibu dia la umi
memberi support tak henti-henti
macam seperti perdana menteri..

warnanya hijau nampak berseri
apam sua nama diberi
menjadi pilihan setiap hari 
tiada sehari gerenti orang tanya lagi..

berpanas berhujan di bawah payung
bersama kerusi dan juga meja
niat tak baik harus dibendung
supaya menjadi insan berguna

tapak kami tepi sekali
berdekatan dengan kedai buah FAMA
jika datang singgah la sini
mencari juadah berbuka puasa...

bulan puasa bulan mulia
bersihkan hati bersihkan jiwa
dari segala prasangka2
agar hati tenang sentiasa..

pegangan kita Al-Quran dan sunnah
menjadi pedoman setiap hari
mari kita amalkan sunnah 
membaca Al-Quran setiap hari..

sampai di sini seloka kami
ada yang kurang harap dimaafi
bukanla niat kami untuk menyakiti
sebagai penghibur jiwa dan hati...

ASSALAMUALAIKUM....salam ramadhan al-mubarak..(<_>) 

0 comments: